Filem Sekuel Joker Akan Mempunyai Bajet Melebihi RM666 Juta

Joker akan mempunyai sekuel iaitu Joker: Folie à Deux. Joaquin Phoenix akan kekal sebagai pelakon utama iaitu Arthur Fleck/Joker dan menyertai beliau adalah Lady Gagy sebagai Harley Quinn.

Filem ini akan berlaku di Arkham Asylum dan dijangkakan watak Lady Gaga akan menjadi doktor kepada Arthur dan mereka jatuh cinta. Filem ini juga akan menggunakan elemen muzikal.

Buat masa ini masih tiada senarai pelakon lain, selain Zazie Beetz yang dalam perbincangan untuk kembali sebagai Sophie. Dalam laporan Variety, filem sekuel Joker ini dikatakan akan mempunyai bajet dua kali ganda berbanding filem Joker pertama.

Filem pertama dikhabarkan menelan kos sekitar $50-$70 juta. Dengan laporan mengenai gaji Joaquin untuk filem ini adalah $20 juta dan Lady Gaga pula sekitar $10 juta, bajet filem kedua dikatakan mungkin akan mencapai sekitar $150 juta iaitu sekitar lebih RM666 juta.

Sohor Kini