Selepas The Gray Man, Russo Brothers akan hadir dengan satu filem baru untuk Netflix melalui studio mereka AGBO. Filem ini adalah The Electric State dan turut akan mempunyai bajet yang besar.

Filem ini berlaku pada tahun 1997 mengisahkan seorang gadis remaja dengan mainan robot kuning dan beliau merantau ke barat ke lokasi yang mempunyai banyak sisa dron tempur gergasi bersama dengan sisa gajet sistem realiti maya canggih. Dalam pengembaraan gadis ini, beliau ingin mencari adik yang telah hilang dan telah bertemu dengan individu yang hidup bertualang.

Gadis ini akan dilakonkan oleh Millie Bobby Brown, sementara individu asing ini akan dilakonkan oleh Chris Pratt. Filem ini diadaptasi daripada novel grafik karya Simon Stålenhag yang mempunyai judul sama.

Terkini Deadline mengumumkan yang Michelle Yeoh, Stanley Tucci, Jason Alexander, Brian Cox dan Jenny Slate turut akan berlakon dalam filem ini. Watak setiap pelakon ini masih dirahsiakan, tetapi Brian Cox dan Jenny Slate dikatakan akan menjadi pelakon suara untuk watak CGI.

Russo Brothers akan menjadi pengarah, sementara Christopher Markus dan Stephen McFeely akan menjadi penulis skrip. Mereka berdua adalah penulis skrip untuk filem Endgame, The Gray Man dan siri TV Agent Carter.

Sohor Kini