2K dan Gearbox Software telah mengumumkan yang DLC keempat untuk Tiny Tina’s Wonderlands iaitu Shattering Spectrglass kini boleh dibeli secara berasingan ataupun melalui pas semusim yang akan turut menyertakan 3 DLC yang sudah dikeluarkan sebelum ini.

Anda boleh tonton treler untuknya di bawah.

Shattering Spectreglass bermula di Dreamveil Overlook di mana pemain perlu berdepan dengan Mirror of Mystery Vesper. Memori Vesper telah dikaburkan dengan Redmourne the Trivern iaitu naga berkepala tiga. Bagi menyelesaikan masalah tersebut, pemain tiada pilihan untuk bertempur dengannya.

Kemaskini ini juga menyertakan kelas watak baharu iaitu Blightcallers iaitu seperti namanya mempunyai kebolehan untuk bertempur dengan memanggil blight ataupun tumbuhan untuk membantu. Watak ini juga akan melakukan serangan elemental.

Pada minggu depan, bagi pemain yang ingin mendapatkan barangan legendary, Redmourne the Trivern yang boleh mengeluarkan semula kepala, dan setiap kali ia berlaku sesi permainan akan menjadi lebih sukar.

Tiny Tina’s Wonderlands sudah dikeluarkan untuk Xbox One, Xbox Series, PlayStation 4, PlayStation 5 dan PC.

Sohor Kini