PUBG Mobile telah menerima satu mod baharu iaitu Ultimate Arena yang bukan mod battle royale tetapi lebih kepada mod deathmatch seperti CSGO dan juga Valorant. Di dalam mod ini, pemain akan bertempur 4 lawan 4 untuk mengalahkan pasukan lain.

Ia akan dimainkan sehingga 7 pusingan dengan pasukan yang memenangi 4 pusingan terlebih dahulu akan menang. Menariknya, setiap pusingan peta akan bertukar, memberikan pengalaman berlainan setiap kali pusingan baharu.

Mod ini sudah ditawarkan secara beta sebelum ini dan dipuji sebagai mod yang menarik bagi pemain yang ingin beralih dari mod battle royale. Mod Ultimate Arena ini sudah tiba untuk PUBG Mobile.

PUBG Mobile dikeluarkan untuk iOS dan Android. Ia adalah permainan percuma dan menyertakan pembelian di dalam aplikasi.

Sohor Kini