THQ Nordic dan pembangun Nine Rocks Games telah berkongsi treler baharu untuk Way of the Hunter dan ia merupakan video penerangan serba sedikit mengenai permainan simulasi memburu ini.

Anda boleh tonton video tersebut di bawah.

Antara yang diperlihatkan adalah kawasan-kawasan yang akan menjadi “taman permainan” untuk pemain memburu pelbagai haiwan liar.

Di dalam permainan ini, setiap haiwan liar tidak diperlihatkan di mana kedudukan mereka di kawasan tersebut, sebaliknya pemain perlu mengembara dan mencari kesan-kesan peninggalan haiwan tersebut untuk mengetahui kawasan mereka berada.

Pemain boleh menggunakan pelbagai jenis senjata seperti Shotgun dan juga Rifle yang setiap-nya akan mempunyai kegunaan tersendiri mengikut haiwan-haiwan berbeza. Semasa memburu pemain perlu berada di dalam keadaan yang senyap untuk mengelak daripada haiwan melarikan diri dan mengambil masa untuk kembali semula.

Bergantung kepada bahagian mana haiwan tersebut ditembak, pemain mungkin perlu menjejak untuk mencari bangkai, yang pada awalnya akan melarikan diri terlebih dahulu di dalam keadaan cedera. Pemain boleh menjejak melalui darah menggunakan hunter sense.

Setiap tembakan berjaya, pemain boleh melihat “bullet time” untuk melihat bahagian mana yang ditembak. Pemain perlu menembak kawasan yang tidak menyeksa binatang untuk memastikan harga daging boleh dijual dengan tinggi dan juga menjaga etika pemburuan.

Way of the Hunter akan dikeluarkan pada 16 Ogos 2022 untuk PlayStation 5, Xbox Series dan PC.

Sohor Kini