Asia Tropical Films telah mengumumkan yang filem Juang iaitu satu filem yang memfokuskan kepada pengorbanan barisan hadapan ketika pandemik Covid-19 akan ditayangkan di pawagam bermula pada 8 September 2022.

Anda boleh tonton treler untuk filem tersebut di bawah.

Filem Juang ini menerima arahan daripada lima nama besar di dalam industri filem tempatan iaitu Aziz M. Osman, Yusry Abd Halim, Matt Lai, Kabir Bhatia dan Osman Ali. Manakala senarai pelakon antaranya adalah Zul Ariffin, Zizan Razak, Janna Nick, Hao Ren, Datuk Rosyam Nor, Angelin Tan, Datuk Jalaludin Hassan dan Sangeetha Krishnasamy.

Filem ini juga terbitan bersama Astro Shaw, Web TV Asia, Film Force Studio dan Suhan Movies.

Sohor Kini