Sooka iaitu salah satu perkhidmatan penstriman di Malaysia telah mengumumkan kandungan asli ketiga oleh mereka iaitu siri Kau vs Aku yang merupakan adaptasi kepada novel di Wattpadd berjudul sama yang ditulis oleh Nurul Husnina atau Shieyruna yang telah menerima 2 juta bacaan di platform tersebut.

Kau vs Aku adalah mengenai remaja berumur 16 tahun yang mempunyai cita-cita untuk menjadi penulis, akan tetapi kehidupannya bertukar apabila seorang pempengaruh Instagram yang dia selalu buli di dalam talian, berpindah ke sekolah yang sama.

Selain bekerjasama dengan Wattpadd untuk siri ini, mereka juga telah mengumumkan kerjasama dengan Tencent untuk menyertakan PUBG Mobile di dalam siri ini. Permainan mudah alih tersebut akan menjadi bahagian penting di dalam perhubungan di antara dua watak tersebut.

Siri ini akan diarahkan oleh Shamyl Othman (Ex Aku Pontianak, Gantung), Megat Sharizal (Jibril) dan Siti Afizah (Sa-balik Baju) dengan senarai pelakon seperti Dini Schatzmann, Shasha Abedul, Mia Sara Shauki, Chubb-E dan Atikah Suhaime.

Episod pertama untuk siri Kau vs Aku ini boleh ditonton secara percuma di Sooka bermula pada 19 Ogos, episod-episod seterusnya memerlukan langganan pelan VIP Entertainment ataupun VIP TV dengan harga RM15.90 dan RM42.50.

Sohor Kini