PlayStation hari ini telah mengumumkan senarai permainan yang akan disertakan di dalam Katalog Permainan bagi pelanggan PS Plus Extra dan juga Deluxe. Seperti diumumkan sebelum, beberapa permainan Yakuza akan disertakan bermula pada bulan ini iaitu Yakuza 0, Yakuza Kiwami dan Yakuza 2.

Selain itu, ia juga menyertakan permainan multi-pemain Dead by Daylight, dan juga Tom Clancy’s Ghost Recon Wildlands oleh Ubisoft. Permainan-permainan ini akan tiba bermula pada 16 Ogos 2022 dan berikut adalah senarai penuh;

  • Yakuza 0
  • Yakuza Kiwami
  • Yakuza Kiwami 2
  • Dead by Daylight
  • Tom Clanc’s Ghost Recon Wildlands
  • Bugsnax
  • Metro Exodus
  • Trials of Mana
  • UNO
  • Monopoly Madness
  • Monopoly Plus
  • Deliver Us the Moon

PlayStation Plus Extra dan Deluxe merupakan pakej langganan baharu untuk PS Plus yang boleh dilanggan dengan harga RM44 dan RM50 sebulan. Anda boleh baca maklumat lanjut mengenainya di pautan ini.

Sohor Kini