Shin chan: Me and the Professor on Summer Vacation -The Endless Seven-Day Journey- iaitu permainan terbaru berdasarkan siri anime popular iaitu Shin-Chan kini dilancarkan untuk Nintendo Switch. Ia juga diumumkan untuk PlayStation 4 dan PC akan tetapi masih tidak disahkan tarikh pelancaran untuknya.

Ia merupakan permainan pengembaraan di mana keluarga Shin-Chan sedang bercuti dan berjumpa dengan seorang lelaki misteri yang mengelar dirinya sebagai Professor Akuno. Di dalam pengembaraan ini, pemain akan mejumpai pelbagai makhluk dan perkara aneh.

Ia dibangunkan dan juga diterbitkan oleh Neos Corporation. Di Nintendo eShop ia ditawarkan dengan harga $39.99.

Sohor Kini