Man City Dan Puma Melancarkan Jersi Di Dalam Roblox

Kelab bola sepak Inggeris yang juga juara untuk tahun lepas iaitu Manchester City bersama dengan penaja jersi mereka iaitu Puma telah melancarkan jersi ketiga bagi kelab tersebut melalui Roblox dan menjadi pelancaran pertama di dalam dunia metamesta.

Anda boleh tonton video pelancaran tersebut di bawah.

Bersempena dengan pelancaran ini, Roblox juga akan menerima pengalaman khas berkait dengan kelab tersebut, dengan lobi telah menerima rekaan baharu. Pemain juga boleh mengalami “Blue Moon” yang juga akan memberi peluang untuk pemain mendapatkan pelbagai ganjaran.

Sohor Kini