Splatoon 3: Segala Pengumuman Ketika Nintendo Direct

Nintendo minggu ini telah berkongsi Nintendo Direct baharu yang memfokuskan kepada Splatoon 3. Di dalam video lebih kurang 30 minit tersebut, mereka telah berkongsi pelbagai perkara baharu yang disertakan dan juga fungsi-fungsi kegemaran yang kembali.

Anda boleh tonton video penuh di bawah.

Berikut adalah pengumuman-pengumuman yang dilakukan;

  • Mod Penceritaan akan kembali dengan cerita baharu. Pemain akan mengembara untuk menyiasat mengenai rahsia Alterna sebagai Agent 3 iaitu ahli baharu untuk Squidbeak Splatoon. Mod ini adalah bagus untuk pemain baharu bermula kerana ia akan memberi pengenalan kepada bentuk permainan.
  • Turf War kembali dengan beberapa teknik baharu, antaranya adalah Squid Surge membolehkan pemain memanjat dinding dengan cepat, Squid Roll yang membolehkan pemain melompat dari dakwat sambil pusing ke belakang. Selain itu, apabila watak pemain bersinar, ia boleh melantunkan dakwat serangan pemain lain.
  • Salmon Run kembali, dan kini boleh dimainkan pada bila-bila masa sahaja.
  • Battle Stage baharu seperti Eeltail Alley, Scorch Gorge, Mincemeat Metalworks dan Undertow Spilllway dan Hagglefish Market akan tiba bersama dengan peringkat yang kembali untuk permainan kali ini seperti Museum d’Alfonsino, Hammerhead Bridge dan Mahi-mahi Resorts. Terdapat 12 peringkat keseluruhan.
  • Hos baharu iaitu Deep Cut yang akan berkongsi maklumat-maklumat terbaru mengenai Splatoon 3 di dalam permainan.
  • Splatfests kembali dan kali ini ia akan melibatkan pilihan daripada tiga pasukan berbanding dua kebiasaan untuk sebelum ini. Selain menyertakan perlawanan 4 lawan 4, ia juga akan menyertakan 4 lawan 2 lawan 2.
  • Mod baharu iaitu Tableturf Battle yang merupakan permaina 1 lawan 1 dalam bentuk kad, terdapat 150 kad yang boleh dikumpul.
  • Kesemua senjata sebelum ini akan kembali dan menyertakan dua senjata baharu iaitu Tri-Stringer iaitu panah dan juga Splatana Wiper yang berfungsi seperti pedang. Terdapat juga Special Weapon yang boleh digunakan apabila mengawal sejumlah kawasan tertentu.
  • Ia juga memperlihatkan pelbagai barangan kosmetik yang boleh dibeli, termasuk juga melalui aplikasi iaitu SplatNet 3.
  • Splatoon 3 juga akan menerima DLC berbayar selepas pelancaran.

Splatoon 3 akan dikeluarkan pada 9 September 2022 untuk Nintendo Switch. Ia sudah boleh di pra-tempah melalui Nintendo eShop dengan harga $59.99.

Sohor Kini