Square Enix telah mengumumkan yang demo percuma untuk permainan The Diofield Chronicle kini boleh dimuat turun secara percuma di semua platform iaitu PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series dan PC melalui Steam.

Seperti dikongsi semasa pengumuman buat pertama kali pada bulan Mac lepas, permainan ini dibangunkan oleh Lancarse Ltd yang terdiri daripada pembangun-pembangun veteran permainan strategi. Watak dihasilkan oleh Taiki (Lord of Vermilion III, IV) dan muzik dihasilkan oleh Ramin Djawadi dan Brando Campbell yang pernah menghasilkan lagu untuk Game of Thrones.

Di dalam permainan ini keadaan keamanan di DioField Island terganggu apabila peningkatan kuasa peperangan dan juga magis. Pemain akan mengawal kumpulan Blue Fox iaitu askar upahan.

The Diofield Chronicle akan dilancarkan secara rasmi pada 22 September, dan kemajuan untuk versi demo ini boleh di bawa ke permainan penuh.

Sohor Kini