NaGaming dengan kerjasama bersama dengan RTM telah mengumumkan kejohanan RTM World Cup Esports Challenge iaitu kejohanan esukan untuk permainan eFootball Mobile 2022. Kejohanan ini akan berlangsung pada 13 hingga 14 Ogos ini di Pavilion, Bukit Jalil.

Pendaftaran untuk kejohanan ini sudah bermula dan akan ditutup pada malam ini. Anda boleh lakukan pendaftaran penyertaan di pautan ini, dengan yuran pendaftaran RM20.

Kejohanan ini dianjurkan juga dengan kerjasama bersama Monster Energy, PES Malaysia dan Masta Clan Community bersempena dengan Piala Dunia 2022 yang akan berlangsung akhir tahun ini.

Sohor Kini