Disney+ Dengan Iklan Tiba Akhir Tahun Ini Di AS

Disney telah mengumumkan yang mereka akan memperkenalkan langganan dengan iklan untuk perkhidmatan penstriman mereka iaitu Disney+, Hulu dan ESPN+. Ia akan mula tiba pada 8 Disember 2022 di Amerika Syarikat.

Bagi Disney+, langganan dengan iklan akan ditawarkan dengan harga $7.99 berbanding $10.99 untuk langganan tanpa iklan, yang juga meningkat berbanding sebelum ini.

Buat masa ini ia hanya diumumkan untuk Disney+ di Amerika Syarikat, Disney+ di Malaysia yang di bawa oleh Hotstar masih tidak mengumumkan sebarang perancangan untuk memperkenalkan langganan berbeza.

Langganan penstriman dengan iklan adalah sesuatu yang sudah diperkenalkan di Hulu sebelum ini, dan Netflix juga telah mengumumkan yang mereka akan hadir dengan perkara yang sama dan akan tiba pada awal tahun 2023.

Sohor Kini