Selepas pertempuran selama tiga minggu untuk Peringkat Liga PUBG Mobile Professional League MY/SG/PH, Geek Fam telah menjadi juara keseluruhan yang memperlihatkan dominasi mereka dengan memenangi kesemua peringkat mingguan.

Dengan kejayaan tersebut mereka mendahului pasukan yang melayakkan diri ke Peringkat Akhir bersama dengan 15 pasukan yang lain. Berikut adalah senarai pasukan-pasukan yang layak mengikut kedudukan mereka di Peringkat Liga;

  • Geek Fam
  • SEM9
  • Don’t Break Dreams
  • TABAH NSEA
  • Team Bosskurr
  • Genexus
  • Team Secret
  • Dingoz Esports
  • 4Rivals
  • RSG Malaysia
  • Axis RedONE
  • Team Haq
  • Crit VIP
  • Yoodo Alliance
  • MAB Esports
  • Team SMG

Empat pasukan yang tersingkir adalah Hyve International, Farang Guerilla, HomeBois dan Mugen.

Peringkat Akhir akan bermula pada 26 Ogos sehingga 28 Ogos yang akan memperlihatkan mereka bertempur untuk 18 pusingan. Dengan markah bonus dari Peringkat Liga akan dibawa ke Peringkat Akhir ini, ia sudah semestinya akan memberikan kelebihan awal kepada Geek Fam yang membawa 80 markah.

Mereka akan bertempur untuk merebut hadiah terkumpul $150 ribu dan juga slot ke SEA Championship iaitu empat pasukan terbaik akan mendapat slot terus ke kejohanan peringkat Asia Tenggara tersebut dan tiga lagi pasukan di tempat kelima hingga ketujuh akan melalui peringkat SEA Play-in.

Sohor Kini