Permainan MMORPG boleh menjadi satu permainan yang terlalu rumit untuk pemain-pemain baharu, terutama permainan yang sudah lama dilancarkan dan mempunyai pelbagai penambahan.

Bagi mengurangkan dan juga menggalakkan pemain baharu untuk mencuba Final Fantasy XIV Online, mereka telah hadir dengan siri video “Panduan Bermula”.

Anda boleh tonton video pertama untuknya di bawah, dan kesemua video di Playlist ini.

Antara yang akan diperlihatkan adalah cara membuat watak, menggunakan peta dan juga memulakan misi-misi di dalam permainan ini. Ia ditawarkan di dalam empat bahasa iaitu dua Bahasa Inggeris (US/UK), Bahasa Jepun, Bahasa Jerman dan Bahasa Perancis.

Final Fantasy XIV Online sudah dikeluarkan untuk PlayStation 4, PlayStation 5, dan PC.

Sohor Kini