Peringkat liga untuk Call of Duty: Mobile Garena Masters III telah berlangsung dengan jayanya yang memperlihatkan 8 pasukan terbaik daripada pusingan tersebut melayakkan diri ke peringkat Playoff.

Lapan pasukan tersebut adalah;

  • Almghty
  • C8 Legacy
  • Smart Omega
  • RTL Esports
  • WPM Lowkings
  • Blacklist Ultimate
  • Huntsmen
  • VVV Esports

Kesemua pasukan adalah dari Filipina kecuali Almghty dari Singapura dan Huntsmen dari Malaysia.

Mereka akan bertempur untuk merebut hadiah terkumpul $25 ribu dan juga slot ke Peringkat Kelayakan Benua: Stage 4. Peringkat Playoff ini akab bermula pada 12 Ogos sehingga 14 Ogos 2022.

Anda boleh tonton kejohanan ini melalui mana-mana media sosial Garena Call of Duty: Mobile untuk berpeluang mendapatkan pelbagai hadiah menarik.

Sohor Kini