Seperti yang dilaporkan sebelum ini, siri TV Peacemaker musim kedua akan diteruskan oleh James Gunn dan tidak dibatalkan oleh Warner Bros. Discovery.

Baca: Ulasan Peacemaker – Mencari Keamanan Dalam Keadaan Yang Tertekan

James Gunn turut akan terlibat dengan satu siri sampingan The Suicide Squad lain yang lebih serius berbanding Peacemaker serta turut mungkin akan hadir dengan siri sampingan mengenai Amanda Waller lakonan Viola Davis.

Terkini, dalam satu temubual di antara Erik Davis iaitu penulis Fandango dan Rotten Tomatoes bersama Idris Elba – Idris memberitahu beliau sedang terlibat dengan satu projek DC dan besar kemungkinan akan memainkan satu watak penting.

Ini bermakna, ada kemungkinan Idris Elba akan kembali sebagai Robert DuBois atau Bloodsport. Masih tidak jelas jika siri TV ini adalah mengenai watak beliau, prekuel atau sekuel kepada filem.

Sama-sama kita nantikan.

Sohor Kini