Level Infinite dan Hotta Studio minggu ini berkongsi dua treler baharu untuk permainan mudah alih dan juga PC baharu mereka iaitu Tower of Fantasy. Treler ini memfokuskan dua perkara menarik di dalam permainan ini, iaitu pelbagai barangan kosmetik dan juga sesi multi-pemain.

Treler yang menggunakan judul “Creative Gameplay” memperlihatkan pelbagai pakaian serta hiasan yang boleh digunakan di dalam permainan ini, selain itu, ia juga memperlihatkan kenderaan-kenderaan yang boleh digunakan.

Treler “Social Gameplay” pula memfokuskan kepada pelbagai aktiviti yang boleh dilakukan oleh pemain bersama dengan rakan di dalam permainan ini.

Tower of Fantasy akan dikeluarkan untuk PC, iOS dan Android pada 11 Ogos ini, ia adalah permainan percuma dan menyertakan pembelian di dalam aplikasi.

Sohor Kini