Streamline telah mengumumkan yang Ric Neil adalah Pengarah Urusan untuk Streamline Studios USA. Beliau merupakan veteran di dalam industri permainan video yang sudah mempunyai pengalaman 30 tahun bersama dengan pelbagai studio seperti Unity, Amazon, EA, Konami, Glu dan Microsoft.

Ric Neil mengatakan yang beliau akan menggunakan pengalaman 30 tahun ini untuk membentuk pasukan yang profesional dan juga mengasah bakat-bakat baharu dan memacu mereka untuk menjumpai permainan dan juga pengalaman yang baik.

Pelantikan Ric Neil meneruskan lagi perkembangan Streamline yang menambah cawangan-cawangan mereka di sekitar dunia. Mereka sebelum ini mengumumkan Richard Cheah sebagai Pengarah Urusan untuk Streamline Studios Malaysia dan Kenji Kajiwara sebagai Pengurus Besar untuk Streamline di Jepun.

Perkembangan ini dikatakan perlu dengan studio-studio di seluruh dunia mula mengecilkan pasukan mereka, mereka akan menggunakan sumber luar untuk memastikan pembangunan permainan dapat diteruskan dengan baik. Oleh itu, Streamline memperkukuhkan lagi pasukan pengurusan mereka untuk memenuhi permintaan ini.

Sohor Kini