TechCrunch hari ini telah melaporkan yang sekumpulan studio permainan video di India telah menghantar surat kepada Perdana Menteri Modi untuk memberikan layanan yang sama dan juga adil kepada semua entiti yang beroperasi di negara tersebut.

Surat tersebut dikatakan di hantar selepas India sekali lagi mengharamkan Battlegrounds Mobile India yang merupakan permainan baharu yang dihasilkan selepas PUBG Mobile diharamkan sebelum ini.

Di dalam surat tersebut mereka mengatakan tindakan mengharamkan permainan seperti Battlegrounds Mobile India adalah perkara yang malang dan keputusan tersebut bertentangan dengan prinsipal terbina dan akan menyekat peluang untuk pemuda-pemuda di India.

Mereka juga mengatakan yang kepakaran serta pengalaman syarikat-syarikat global adalah diperlukan untuk membantu bagi membentuk ekosistem yang teguh di India.

Surat ini dikatakan ditanda-tangani oleh studio seperti Outlier Games, Story Pix, Lucid Labs, Roach Interactive, Goodspeed Games, dan Uniplay Digital.

Kerajaan India sebelum ini mengharamkan Battlegrounds Mobile India selepas ahli parlimen India mengatakan yang permainan tersebut tidak jauh berbeza dengan PUBG Mobile yang diharamkan sebelum ini.

Sohor Kini