Firaxis Games dan 2K telah mengumumkan yang Marvel’s Midnight Suns iaitu permainan aksi strategi mereka tidak lagi dilancarkan pada bulan Oktober ini, sebaliknya ia akan tiba lebih lewat pada tahun ini ataupun pada pertengahan pertama tahun depan.

Selain itu, mereka juga mengumumkan yang ia akan dilancarkan terlebih dahulu untuk PlayStation 5, Xbox Series dan PC. Manakala untuk PlayStation 4, Xbox One dan Nintendo Switch akan tiba lebih lewat.

Mereka mengatakan yang tambahan masa ini diperlukan untuk memastikan mereka dapat memberikan pengalaman bermain yang terbaik dan menggelarkan Midnight Suns adalah permainan terbesar yang pernah dibangunkan oleh mereka.

Firaxis Games adalah pembangun untuk siri permainan Civilization dan XCOM.

Sohor Kini