505 Games telah mengumumkan yang ketika acara Gamescom yang akan berlangsung pada 24 sehingga 28 Ogos ini akan memfokuskan kepada lima permainan akan datang oleh mereka. Ia termasuk jugalah demo untuk pemain yang mengunjungi acara tersebut.

Lima permainan yang akan diperlihatkan adalah;

  • Miasma Chronicles iaitu permainan strategi oleh pembangun Mutant Year Zero: Road to Eden
  • Stray Blade iaitu permainan aksi pantas menggunakan pedang dibangunkan oleh The Bearded Ladies. Dibangunkan oleh Point Blank Games.
  • Serial Cleaners iaitu permainan aksi menyelinap yang memfokuskan kepada “kumpulan pencuci” pembunuhan mafia pada tahun 90-an. Dibangunkan oleh Draw Distance.
  • Gunfire Reborn adalah permainan koperasi menembak yang juga mempunyai elemen rogue-lites. Ia sudah dilancarkan dan akan tiba di Xbox Game Pass bulan Oktober ini. Dibangunkan oleh Duoyi Games.
  • Mereka juga akan memperlihatkan sesuatu mengenai Eiyuden Chronicles: Hundred Heroes yang dibangunkan oleh Rabbit and Bear.

Jika anda mengunjungi Gamescom yang berlangsung di Jerman bulan ini, anda boleh kunjungi reruai 505 Games di Hall 2.1, Nombor Reruai: C029-A010.

Sohor Kini