Permainan Fatal Fury Baharu Diumumkan – Selepas 23 Tahun

SNK Corporation hari ini telah mengumumkan yang mereka akan membangunkan permainan baharu untuk siri permainan perlawanan Fatal Fury, selepas 23 tahun tidak mempunyai permainan baharu dengan permainan terakhir adalah Garou: Mark of the Wolves yang dikeluarkan untuk Neo Geo.

Anda boleh tonton video pengumuman ringkas untuknya di bawah.

Walaupun sudah lama tidak mempunyai permainan tersendiri, akan tetapi watak-watak Fatal Fury telah membuat penampilan di dalam pelbagai lagi permainan video termasuk juga Terry Bogard yang mungkin lebih dikenali sebagai watak di dalam King of Fighters.

Buat masa ini maklumat lanjut mengenai permainan ini termasuk juga tarikh pelancaran dan platform masih tidak dikongsi. Pengumuman ini dilakukan ketika kejohanan EVO yang sedang berlangsung.

Sohor Kini