Sempena bulan kemerdekaan tahun ini, Netflix telah hadir dengan koleksi baharu filem tempatan iaitu Rekaan Rakyat. Koleksi ini akan mempunyai 150 filem tempatan, siri TV dan juga animasi yang boleh diakses bermula 17 Ogos akan datang.

Dalam koleksi ini, Netflix turut akan menyertakan tiga filem tempatan baharu iaitu The Assistant, Kill-Fist dan Ceroboh.

The Assistant adalah filem arahan Adrian Teh dengan lakonan Iedil Dzhurie Alaudin dan Hairul Azreen. Ia mengisahkan Zafik yang ada masalah kecelaruan identiti dan mewujudkan personaliti ganas yang digelar sebagai Feroz. Ia memfokuskan perjalanan Zafik dan Feroz membalas dendam terhadap keluarganya yang dibunuh.

Baca: Ulasan The Assistant – Aksi Padu, Tapi Cerita Sendu

Kill-Fist adalah filem lakonan Sunny Pang sebagai Zhang yang perlu menjaga bapa beliau yang menghidap penyakit Alzheimer. Sambil itu beliau juga hampir kehilangan hak jagaan anak perempuan dan dengan keadaan terdesak beliau menyertai satu permainan yang merbahaya yang membawa beliau ke zaman silam yang kejam.

Ceroboh pula adalah filem mengenai makhluk asing Sky Beast yang boleh mengawal minda manusia. Dalam dunia yang ngeri ini, terdapat enam orang yang masih hidup dan salah seorang daripada mereka mindanya mula dikawal. Ini menyebabkan paranoia dan mengancam orang lain.

Sohor Kini