The Hollywood Reporter telah melaporkan yang Tan Sri Michelle Yeoh iaitu pelakon antarabangsa yang berasal dari Malaysia tersebut akan menerima ijazah kedoktoran dari Institut Filem Amerika (AFI) di atas sumbangan beliau di dalam industri perfileman.

Penganugerahan ini akan berlangsung pada 13 Ogos ini di TCL Chinese Theatre di Hollywood. Beliau akan menerima anugerah tersebut bersama seorang lagi penerima iaitu Lawrence Herbert.

Beliau telah terlibat di dalam dunia perfileman sejak tahun 1983 dengan terlibat dengan lebih 40 filem termasuk juga Crouching Tiger, Hidden Dragon, Reigns of Assassins, Crazy Rich Asians, dan yang terbaru Everything Everywhere All at Once.

Antara nama-nama besar lain yang pernah menerima penganugerahan yang sama adalah Clint Eastwood, Jodie Foster, Spike Lee, David Lynch, Quentin Tarantino dan John Williams.

Sohor Kini