Menjadi satu tradisi, juara dunia untuk Mobile Legends: Bang Bang boleh memilih satu watak untuk menerima kostum oleh mereka sendiri dan Blacklist International juara untuk M3 pada tahun lepas telah memilih watak Estes dan akhirnya memperlihatkan kostum tersebut.

Bermula pada 11 Ogos, Moonton Games akan menganjurkan acara di dalam permainan dan juga aktiviti pra-jualan yang membolehkan pemain untuk membeli kostum ini dengan harga 499 Diamond berbanding harga asal 899 Diamond. Ia juga akan dijual dengan lebih murah iaitu 629 Diamond bermula pada 18 sehingga 25 Ogos.

Pada pengumuman yang sama, Blacklist International juga telah memperlihatkan jersey baharu yang akan digunakan oleh mereka yang dihasilkan dengan kerjasama di antara Quiccs dan Egg Fiasco. Mereka juga akan melakukan penstriman langsung pada 16 Ogos 2022.

Sohor Kini