Activision telah mengumumkan yang sesi beta untuk Call of Duty: Modern Warfare II akan bermula pada 16 September ini untuk pemain yang melakukan pra-tempahan dan secara terbuka bermula pada 18 September.

Berikut adalah jadual penuh untuk sesi ini;

  • 16 – 17 September: Akses awal melalui pra-tempahan ataupun kod akses awal (PlayStation 4, PlayStation 5)
  • 18 – 20 September: Terbuka untuk semua (PlayStation 4, PlayStation 5)
  • 22 – 23 September: Akses Awal (PlayStation, Xbox, PC)
  • 24 – 26 September: Terbuka untuk semua (PlayStation, Xbox, PC)

Modern Warfare II Beta akan menyertakan pelbagai mod multi-pemain yang akan disertakan bagi pelancaran penuh kelak. Mereka juga telah memperlihatkan peta baharu yang akan tiba iaitu Marina Bay Grand Prix. Anda boleh tonton video tersebut di bawah.

Jika anda ingin mengetahui lanjut mengenai Call of Duty Modern Warfare II akan dikongsi ketika acara Call of Duty: Next yang akan berlangsung pada 16 September 2022, ia akan berkongsi mengenai Modern Warfare 2 dan juga Warzone.

Call of Duty Modern Warfare II akan dilancarkan pada 28 Oktober 2022.

Sohor Kini