Pasukan Malaysia hari ini sekali lagi membawa pulang emas untuk di Kejohanan Esukan Komanwel yang dianjurkan bersempena dengan Sukan Komanwel 2022 di dalam permainan Dota 2. Ia adalah pingat emas kedua di dalam permainan tersebut melalui pasukan wanita sebelum ini dan pasukan lelaki hari ini.

Pasukan Malaysia berjaya ke peringkat separuh akhir selepas mendapat tempat pertama di peringkat kumpulan sebelum mengalahkan Pasukan India untuk ke peringkat akhir. Di peringkat akhir, Malaysia mengalahkan tuan rumah England untuk membawa pulang emas.

Pasukan Malaysia terdiri daripada pemain-pemain dari pasukan Atlantis iaitu Mango’Rose, Wonder’boy, Ws’, Ahyad, Ponyo dan jurulatih Hao.

Sohor Kini