Square Enix telah mengumumkan yang Tactics Ogre: Reborn iaitu permainan penambah-baikkan untuk Tactics Ogre: Let Us Cling Together akan dikeluarkan untuk PlayStation 4, PlayStation 5, Nintendo Switch dan PC.

Tactics Ogre: Let Us Cling Together yang dikeluarkan pada tahun 2011 sendirinya merupakan permainan olahan semula untuk Tactics Ogre: Let Us Cling Together yang dikeluarkan pada tahun 1995 untuk Super Famicon, Sega Saturn dan PlayStation.

Tactics Ogre: Reborn ini antaranya akan menyertakan grafik yang lebih baik, kesemua dialog akan dilakonkan suara dan muzik runut juga akan dihasilkan semula. Ia juga akan menyertakan sistem pertempuran yang dikemaskini, pengurusan tahap dan juga AI yang diperbaharui.

Tactics Ogre: Reborn sudah boleh di pra-tempah di PS Store, Nintendo eShop dan juga Steam untuk PC.

Sohor Kini