Koch Media Kini Dikenali Sebagai Plaion

Koch Media hari ini telah mengumumkan yang mereka melalui proses penjenamaan semula dan dikenali sebagai Plaion, dengan sebutan seperti “play-on”. Bersama dengan nama baharu ini, mereka juga memperlihatkan logo baharu yang mengambil huruf P yang dihasilkan seperti butang main.

Klemen Kundratitz, CEO untuk Plaion mengatakan yang sejak mereka menyertai Embracer Group pada tahun 2018, perkembangan mereka telah berlaku dengan pesat dan penjenamaan ini adalah untuk memberi gambaran yang lebih baik mengenai mereka sebagai studio antarabangsa.

Di bawa Paion terdapat tiga studio penerbitan iaitu Deep Silver, Prime Matter dan Ravenscourt. Terdapat juga beberapa studio pembangunan seperti Flying Wild Hog, Milestone, Warhorse Studios dan Volition yang akan hadir dengan permainan Saints Row tidak lama lagi.

Sohor Kini