Tahun lepas, kami telah melaporkan yang David Reynolds (Finding Nemo) dan Mark Dindal (Chicken Little) pencipta animasi The Emperor’s New Groove akan hadir dengan filem animasi Garfield baharu. David akan menjadi penulis dan Mark akan mengarah.

Filem animasi ini akan dihasilkan oleh Alcon Entertainment dan diedarkan oleh Sony Pictures. Apa yang menarik dengan filem ini adalah, Chris Pratt akan menjadi pelakon suara Garfield. Sementara Samuel L. Jackson akan berlakon sebagai Vic iaitu tuan kepada kucing berwarna jingga ini. Vic adalah watak baharu yang dicipta untuk Garfield. Filem ini akan ditayangkan pada tahun 2024.

Filem ini turut dijangka akan menyertakan Jon Arbuckle iaitu tuan Garfield dalam komik dan animasi serta watak anjing Odie. Jalan cerita filem ini dan senarai pelakon lain masih belum didedahkan lagi. Tetapi filem ini akan menjadi filem pertama Garfield selepas 16 tahun sejak filem aksi nyata Garfield: A Tail of Two Kitties pada tahun 2006.

Dalam dua filem aksi nyata Garfield, Bill Murray adalah suara kepada kucing jingga ini.

Sohor Kini