Passion Republic Games iaitu studio permainan video dari Malaysia telah melancarkan permainan mereka yang dinanti-nantikan iaitu Gigabash untuk PlayStation 4, PlayStation 5 dan juga PC melalui Steam serta Epic Games Store.

Gigabash merupakan permainan pertempuran serta brawler dengan setiap watak adalah raksasa ataupun adiwira gergasi. Ketika pelancaran ia akan mempunyai 10 pilihan watak yang setiap-nya mempunyai gaya serangan tersendiri.

Gigabash ditawarkan dengan harga RM209 di PS Store dan RM85.49 di Steam dan juga Epic Games Store.

Sohor Kini