Microsoft mula menguji pelan keluarga untuk langganan Xbox Game Pass Ultimate di Ireland dan juga Colombia. Melalui pelan ini, pelanggan dapat berkongsi langganan tersebut dengan 4 pengguna yang lain, namun mereka mesti di negara yang sama.

Berdasarkan laporan oleh The Verge, di Ireland, Xbox Game Pass Ultimate Pelan Keluarga ini ditawarkan dengan harga €21.99 (~RM100) sebulan, berbanding €12.99 (~RM59) untuk pelan biasa.

Buat masa ini, pelan keluarga sekadar ditawarkan untuk Xbox Game Pass Ultimate, tidak disahkan jika ia juga akan dilanjutkan kepada PC Game Pass ataupun Xbox Game Pass.

Di Malaysia, hanya PC Game Pass sahaja ditawarkan secara rasmi, oleh itu kami sudah tentunya ternanti-nanti jika pelan keluarga ini juga akan ditawarkan untuk langganan tersebut. Anda boleh baca lanjut mengenai PC Game Pass di pautan ini.

Sohor Kini