GSC hari ini telah mengumumkan yang tiket untuk filem tempatan iaitu Air Force the Moive Selagi Bernyawa akan mula dijual esok dengan filem ini akan ditayangkan bermula pada 25 Ogos 2022.

Filem ini diarahkan oleh Zulkarnain Azhar dan Frank See. Senarai pelakon pula antaranya adalah Aiman Hakim Ridza, Adi Putra, Nas-T, Sara Ali, Johan Asari dan Azira Shafinaz.

Filem ini mengisarkan mengenai pasukan PASKAU ataupun Pasukan Khas Udara terkandas di Namburi selepas kapal terbang mereka ditembak. Manakala Pasukan Tentera Udara di Malaysia berusaha untuk menyelamatkan mereka.

Sohor Kini