Moon Knight Mungkin Akan Kembali Dengan Musim Kedua

Moon Knight adalah antara siri TV MCU di Disney+ yang member pengalaman menonton yang berlainan. Ia mengisahkan Marc Spector yang mempunyai masalah kecelaruan identiti dan telah melakukan perjanjian bersama dewa bulan Mesir, Khonshu untuk menjadi Moon Knight.

Siri TV ini berlangsung untuk satu musim di Disney+ dan sehingga hari ini ramai bertanya adakah ia akan diteruskan untuk musim kedua? Ketika acara SDCC 2022 lepas, tiada langsung perkembangan mengenai siri TV ini.

Terkini, pengarah Moon Knight iaitu Mohamed Diab telah berkongsi satu video TikTok di Twitter beliau. Wanita di dalam TikTok bertanya mengenai musim kedua Moon Knight, Mohamed Diab tidak terjawab tetapi Oscar Isaac menjawab mereka ke Cairo adalah untuk musim kedua Moon Knight.

Disney dan Marvel masih tidak mendedahkan apa-apa lagi buat masa ini. Moon Knight musim pertama tamat dengan Marc yang dibebaskan daripada Khonshu dan Jake Lockley muncul di penghujung membunuh Arthur Harrow yang mempunyai roh dewa Ammit di dalamnya.

Baca: Ulasan Moon Knight – Gila Yang Semakin Reda

Sohor Kini