Tencent Dilaporkan Ingin Menjadi Pemegang Saham Terbesar Ubisoft

Reuters telah melaporkan yang Tencent iaitu syarikat teknologi dan permainan video dari China di dalam proses melakukan tawaran untuk menjadi pemegang saham terbesar bagi studio permainan video Ubisoft.

Tencent dikatakan akan membeli pegangan dari keluarga Guillemot, di mana Yves Guillemot juga merupakan CEO kepada Ubisoft, mereka memiliki 15% pegangan di Ubisoft. Tencent buat masa ini memiliki 5% pegangan saham yang dibeli pada tahun 2018.

Selain daripada itu, Tencent juga dilaporkan akan mendapatkan saham daripada pasaran saham, yang menyebabkan saham Ubisoft meningkat 15% sejak laporan oleh Reuters dikeluarkan.

Ubisoft terkenal dengan siri permainan Assassin’s Creed, Far Cry dan Tom Clancy’s.

Sohor Kini