Akan datang semakin banyak permainan video akan diadaptasi menjadi satu siri TV, filem, animasi atau juga rancangan realiti. Penggunaan IP sesuatu permainan video untuk kandungan TV dan filem sejak kebelakangan ini menjadi trend oleh banyak studio.

Deadline baru-baru ini melaporkan yang Radar Pictures iaitu studio di sebalik francais filem Jumanji akan bekerjasama dengan N4XT Experience untuk hadir dengan satu rancangan realiti lumba kereta tanpa skrip berdasarkan permainan video Asphalt daripada Gameloft.

Rancangan realiti ini adalah Wheel of Time dan akan dikendalikan oleh Ted Field, penerbit untuk Radar Pictures. Wheel of Time akan mengumpul peminat kereta, peminat aksi lasak dan pemain permainan video untuk bertanding mendapatkan tempat di trek lumba kereta. Finalis akan pergi ke Asphalt House untuk asah lagi bakar lumba kereta untuk berlumba di Asphalt Driving Academy.

Pelumba turut akan berdepan dengan selebriti jemputan dan pemenang akan diberi ganjaran serta digelar sebagai Asphalt Legend. Rancangan realiti ini akan dihasilkan oleh Ted Field, Anthony Tringali, dan Michael Napoliello wakil daripada Radar manakala wakil daripada N4XT adalah Marcus Ticotin, Ciarra Pardo dan Imad Izemrane.

Sohor Kini