2K minggu ini telah berkongsi sebilangan penambah-baikkan yang akan disertakan di dalam permainan terbaru untuk siri simulasi bola keranjang mereka iaitu NBA 2K23. Fokus utama bagi tahun ini adalah untuk membantu pemain melakukan serangan yang lebih baik, berbanding peningkatan pada tahun lepas yang lebih memfokuskan kepada pertahanan.

Antara yang disertakan adalah pemain kini boleh mengawal jenis dunk yang dilakukan, semasa ingin melakukan gerakan tersebut pemain boleh mengawal Pro Stick (RS) untuk memberikan jenis dunk yang berbeza mengikut keadaan;

  • ATAS = Menggunakan dua tangan
  • KANAN = Menggunakan tangan dominan
  • KIRI = Menggunakan tangan tak dominan
  • BAWAH = Akan memegang rim
  • ATAS-ATAS = Menggunakan dua tangan (flashy)
  • BAWAH-ATAS = menggunakan satu tangan (flashy)
  • ATAS-BAWAH = dunk biasa menggunakan meter
  • BAWAH-BAWAH = Memegang rim dengan meter

Pergerakan ke arah rim juga akan dipertingkatkan dengan pemain boleh menggunakan “double throw” untuk melakukan hop-step layups dan “switchback” untuk menggunakan euro-step dan cradle layups.

Bagi yang gemar melakukan skill, menggunakan switchback akan melakukan double cross dan hesitation, kombo skill juga boleh dilakukan untuk melakukan pergerakan yang lebih mengelirukan. Namun, tenaga akan lebih cepat habis jika melakukan terlalu banyak pergerakan.

Selain itu, sistem Andrenaline Boosts juga diperkenalkan iaitu tiga bar di bawah stamina, setiap bar akan digunakan apabila melakukan pergerakan tertentu ataupun pantas, apabila ia habis, pergerakan akan menjadi lebih perlahan. Ini akan menggalakkan untuk pemain bermain dengan lebih berkesan.

Lontaran juga ditambah-baik dengan menyertakan empat stat yang unik iaitu;

  • Shot Speed – menentukan kepantasan lontaran untuk mencapai kawasan perlepasan yang sesuai
  • Release Height – ketinggian lontaran di lakukan
  • Defensive Immunity – kesan pertahanan terhadap lontaran
  • Timing Impact – memberi kesan yang lebih baik jika lontaran di lakukan dengan masa yang tepat tetapi kesan negatif jika tidak

5 jenis meter lontaran baharu juga akan diperkenalkan dengan 15 lagi akan tiba dari semasa ke semasa, selain itu status lontaran juga akan dikeluarkan apabila boleh menyentuh kerajang untuk menjadikan sesi permainan yang lebih berterusan.

Walaupun kemaskini bagi tahun ini lebih memfokuskan kepada serangan akan tetapi pertahanan juga dipertingkatkan dengan memfokuskan kepada pertahanan “on-ball”, menghalang lontaran dan juga merampas bola.

Bagi sistem lencana kemahiran pula, di PlayStation 5 dan Xbox Series, sistem berperingkat digunakan dengan akan terdapat 8 lencana di Tier 1, 4 lencana di Tier 2 dan 4 lencana di Tier 3. Pemain hanya boleh mendapatkan lencana di Tier 2 apabila sudah mempunyai lencana yang mencukupi di Tier 1.

Akhir sekali, bagi yang bermain melawan AI, ia akan bermain dengan lebih realistik seperti mengawal bola, melakukan pick and roll, bertahan dan juga keputusan jurulatih, terutama untuk PlayStation 5 dan Xbox Series.

Anda boleh baca pautan ini untuk maklumat lanjut.

NBA 2K23 akan dilancarkan pada 9 September 2022 untuk PlayStation 5, PlayStation 4, Xbox Series, Xbox One, Nintendo Switch dan PC.

Sohor Kini