Siaran She-Hulk Tunda Sehari, Akan Disiarkan Pada 18 Ogos

She-Hulk adalah siri TV MCU baharu yang akan disiarkan di Disney+ pada 17 Ogos akan datang. Ia adalah satu cerita memfokuskan watak seorang peguam iaitu Jennifer Walters yang mengendalikan kes-kes perundangan berkait dengan manusia luar biasa. Beliau juga adalah She-Hulk, individu berkuasa bersaiz gergasi 6 kaki, 7-inci.

Siaran siri TV ini kini ditunda ke hari ke hari Khamis, 18 Ogos berbanding jadual asal Rabu, 17 Ogos. Tiada sebab rasmi diberikan atas penundaan tarikh ini.

She-Hulk akan mempunyai sembilan episod dan siri TV ini turut akan menyertakan watak Smart Hulk lakonan Mark Ruffalo, Tim Roth kembali sebagai Emil Blonsky/the Abomination, Benedict Wong sebagai Wong serta pelakon lain seperti Jameela Jamil, Ginger Gonzaga, Josh Segarra, Jon Bass, dan Elise Goldsberry. 

Sohor Kini