Beberapa hari lepas, pasukan kesan visual khas untuk Marvel Studios mula meluahkan perasaan kecewa atas layanan pihak studio kepada mereka. Mereka menyatakan yang studio memaksa mereka mengejar tenggat (deadline) menyiapkan kesan visual dengan bayaran rendah.

Terkini, pencipta dan pengarah siri TV ini iaitu Jessica Gao dan Kat Coiro iaitu pengarah bersama memberitahu Deadline ketika acara mereka di Television Critics Association (TCA) yang mereka menyokong pasukan kesan visual khas (VFX) ini.

Kat menyatakan walaupun mereka bekerja bersama-sama, beliau tidak terlibat secara terus dan jika mereka rasa tertekan beliau sedia mendengar dan memberi sokongan. Jessica pula sedar yang pasukan VFX ini adalah artis yang berbakat dan hormati mereka boleh bekerja dengan pantas. Beliau juga perlu lebih sedar dan ambil berat atas pengorbanan pasukan VFX ini dan dengan keadaan kerja tidak optimal, mereka tidak patut dikritik tetapi didengari.

Sohor Kini