Ejen Ali musim ketiga sudah pun disiarkan di Disney+ Hotstar Malaysia sejak 25 Jun lalu. Siri animasi ini memfokuskan kisah Ejen Ali yang sudah tidak memiliki kaca mata pintar I.R.I.S, tetapi masih perlu menjadi ejen yang hebat.

Untuk menjadi ejen rasmi M.A.T.A, Ali perlu bertanding dengan ramai ejen lain di M.A.T.A Arena. Sambil beliau bertanding, terdapat musuh iaitu Numeros yang cuba mengambil-alih bandar Cyberaya dan ejen terbaik mereka iaitu Ejen Rizwan telah berpaling tadah bersama Dos.

Musim ketiga Ejen Ali ini terbahagi kepada dua bahagian, di mana bahagian pertama mempunyai tujuh episod dengan enam episod sudah disiarkan dan episod ketujuh pada 6 Ogos akan datang. Sementara bahagian kedua akan meneruskan kisah Rizwan, Cero dan pengakhiran pertandingan di M.A.T.A Arena akan disiarkan pada Disember akan datang.

Baca: Ulasan Ejen Ali Musim Ke-3, Episod 1-2 – Animasi Wau Yang Beri Aku Reaksi Wow!

Sohor Kini