Ubisoft telah mengumumkan yang permainan Far Cry 6 boleh dicuba secara percuma sepanjang hujung minggu ini iaitu bermula pada 4 Ogos sehingga 7 Ogos 2022 di PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series dan juga PC melalui Epic Games Store dan juga Ubisoft Store.

Sepanjang tempoh ini, pemain boleh mengakses keseluruhan permainan, dengan kata lain, jika berdaya boleh menghabiskan keseluruhan permainan secara percuma.

Namun, jika tidak berkesempatan dan ingin meneruskan permainan ini, ia ditawarkan dengan harga promosi seperti berikut;

  • Ubisoft Store (PC) – Bermula 4 Ogos sehingga 16 Ogos potongan 60% untuk Edisi Standard, Gold dan Ultimate, 50% untuk pas semusim dan kesemua DLC serta tambahan 10% untuk keseluruhan pembelian jika turut membeli permainan ini.
  • Epic Games Store (PC) – Bermula 4 Ogos sehingga 8 Ogos, pemain boleh dapatkan kesemua edisi dengan potongan 60% dan 50% untuk pas semusim dan juga DLC.
  • Xbox – Bermula sekarang sehingga 15 Ogos, potongan 60% untuk Edisi Standard dan Gold dan 50% pas semusim.
  • PlayStation – Bermula sekarang sehingga 17 Ogos, potongan 60% untuk edisi Standard dan Gold dan juga 50% untuk pas semusim.

Mereka juga menganjurkan pertandingan mod Foto dengan hadiah seperti kad grafik dan juga figura. Anda boleh layari pautan ini untuk maklumat lanjut. Ia bermula hari ini sehingga 13 Ogos.

Sohor Kini