Valve hari ini telah mengumumkan kerjasama dengan Komodo iaitu pengedar barangan dan juga penerbit permainan video dari Jepun. Melalui kerjasama ini, mereka akan membawa Steam Deck secara rasmi ke pasaran Asia.

Namun buat masa masa ini, ia hanya terhad kepada 4 negara iaitu Jepun, Taiwan, Hong Kong dan Korea. Pengedaran akan mula dilakukan sekitar tahun ini ke Jepun terlebih dahulu sebelum ke tiga negara lain.

Berikut harga Steam Deck di setiap negara untuk model paling murah iaitu 64GB.

  • ¥59,800 di Japan
  • NT$ 13,380 di Taiwan
  • HK$ 3,288 di Hong Kong
  • KRW 589,000 di Korea

Jika anda menetap di mana-mana dari 4 negara tersebut, tempahan boleh dilakukan di laman Komodo.

Selain itu, Valve juga telah mengumumkan yang Steam Deck akan diperlihatkan di acara BitSummit yang akan berlangsung hujung minggu ini di Kyoto, Jepun dan juga di Tokyo Game Show pada bulan September ini.

Steam Deck merupakan konsol mudah alih yang dikeluarkan oleh Steam dan dapat memainkan permainan-permainan PC. Anda boleh baca maklumat lanjut di pautan ini.

Sohor Kini