Pada tahun 2020, Yuke’s telah mengumumkan yang mereka akan kembali membangunkan permainan gusti dan kali ini untuk jenama baharu iaitu AEW ataupun All Elite Wrestling. Yuke’s merupakan pembangun untuk permainan WWF atau kini WWE sebelum diambil-alih oleh 2K Games.

Terkini, telah diumumkan yang THQ melalui THQ Nordic kembali berkerjasama dengan mereka untuk permainan gusti tersebut. Mereka sebelum ini telah bekerjasama untuk lebih 13 permainan gusti dengan yang terakhir adalah WWE 13.

Anda boleh tonton video pengumuman di bawah di mana logo lama THQ juga diperlihatkan untuk mengimbau nostalgia.

Bersama dengan pengumuman ini, mereka juga telah mengatakan yang AEW: Fight Forever ini akan dikeluarkan untuk PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series, Nintendo Switch dan PC akan tetapi masih tiada tarikh dinyatakan.

Sohor Kini