Filem Lightyear boleh dikatakan sebagai filem Disney pertama pada tahun ini yang tidak ditayangkan di pawagam. Disney tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi mengenainya, akan tetapi kita boleh katakan ia kerana Disney tidak ingin membuang bahagian ‘sensitif’ di dalam filem tersebut seperti yang diminta oleh Lembaga Penapisan Filem Malaysia (LPF).

Jika anda seperti kami yang kecewa dengan perkara tersebut, dan ingin cara lain untuknya, berita baik sudah tiba apabila ia kini dilancarkan di Disney+ Hotstar seperti tarikh yang sama dengan tibanya di Disney+ di negara-negara lain.

Menariknya di Disney+ Hotstar, ia menerima pengkadaran 18+ dengan kata lain ia adalah filem yang mengandungi kandungan matang. Berbanding dengan negara-negara lain yang menyiarkan filem ini, ia menerima penarafan PG iaitu boleh tontonan umum dengan sesetengah kandungan mungkin tidak sesuai untuk kanak-kanak.

Jika anda berumur 18 tahun dan keatas, dan juga pelanggan Disney+ Hotstar, anda boleh tonton Lightyear di pautan ini.

Sohor Kini