Mario Kart 8 Deluxe Terima 8 Litar Lagi Minggu Ini

Nintendo telah mengumumkan yang 8 lagi litar baharu akan tiba untuk Mario Kart 8 Deluxe pada 5 Ogos ini, lapan litar tersebut termasuk juga litar baharu dan litar-litar lama dari permainan versi sebelum-sebelum ini.

Lapan litar baharu yang disertakan adalah seperti berikut;

  • Sky-High Sundae (Litar baharu)
  • N64 Kalimari Dessert (Mario Kart 64)
  • SNES Mario Circuit 3 (Super Mario Kart)
  • Wii Mushroom Gorghe (Mario Kart Wii)
  • Tour Sydney Sprint (Mario Kart Tour)
  • DS Waluigi Pinball (Mario Kart DS)
  • GBA Snow Land (Mario Kart Super Circuit)
  • Tour New York Minute (Mario Kart Tour)

Anda boleh tonton video pengumuman yang memperlihatkan litar-litar tersebut beraksi di bawah;

Ini merupakan kali kedua ataupun Wave 2, Nintendo membawa litar baharu ke Mario Kart 8 Deluxe yang merupakan sebahagian daripada Booster Course Pass, yang menyasarkan 48 litar dan akan tiba dalam 8 wave dengan Wave 1 tiba pada bulan Mac lepas.

Mario Kart 8 Deluxe Booster Course Pass ini adalah percuma untuk pelanggan Nintendo Switch Online + Expansion Pack atau ia juga boleh dibeli secara berasingan dengan harga $24.99 (~RM104).

Mario Kart 8 Deluxe walaupun sudah dikeluarkan lebih 5 tahun yang lepas masih lagi menjadi permintaan ramai, apabila diedarkan lebih 1 juta unit untuk tiga bulan yang lepas. Ia dikeluarkan secara eksklusif untuk Nintendo Switch.

Sohor Kini