Nintendo melalui pengumuman prestasi kewangan mereka untuk suku pertama bagi tahun fiskal 2023 telah mengumumkan jumlah konsol Nintendo Switch terjual, selain itu mereka juga berkongsi jumlah jualan untuk permainan-permainan di konsol tersebut.

Secara keseluruhan, mereka telah mengedarkan 41.41 juta unit permainan bagi tiga bulan yang lepas, iaitu 8.6% lebih rendah berbanding tempoh yang sama untuk suku lepas. Di dalam jumlah tersebut, hanya 4 permainan yang mencatat edaran melebihi 1 juta unit adalah masa 3 bulan.

Keempat-empat permainan tersebut adalah permainan mereka iaitu;

  • Nintendo Switch Sports – 4.84 juta unit
  • Mario Strikers: Battle League – 1.91 juta unit
  • Kirby and the Forgotten Land – 1.88 juta unit
  • Mario Kart 8 Deluxe – 1.48 juta unit

Nintendo Switch Sports dilancarkan pada 29 April manakala Mario Strikers: Battle League pada 10 Jun 2022, oleh itu tidak mengejutkan jika ia memperlihatkan jumlah edaran yang tinggi.

Manakala Kirby and the Forgotten Land dikeluarkan pada bulan Mac, tetapi masih lagi mendapat permintaan yang baik, menjadikan permainan tersebut telah diedarkan melebihi 4 juta unit.

Manakala Mario Kart 8 Deluxe yang merupakan permainan Nintendo paling laris dengan terjual 46.82 juta unit, masih lagi memperlihatkan permintaan yang tinggi walaupun sudah berumur lebih 5 tahun. Ia juga mungkin kerana telah menerima DLC baharu.

Nintendo juga telah mengumumkan yang sepanjang tiga bulan yang lepas, 53% permainan yang terjual adalah secara digital.

Sohor Kini