Nintendo telah berkongsi prestasi kewangan mereka untuk suku pertama bagi tahun fiskal 2023 – 2024 iaitu prestasi kewangan untuk bulan April sehingga Jun. Mereka juga telah berkongsi mengenai jumlah penjualan untuk konsol Nintendo Switch.

Bagi tiga bulan yang lepas, Nintendo Switch secara keseluruhan telah terjual sehingga 3.43 juta unit, dengan pecahan mengikut model adalah seperti berikut;

  • Nintendo Switch – 1.32 juta unit
  • Nintendo Switch OLED – 1.52 juta unit
  • Nintendo Switch Lite – 0.59 juta unit

Dengan penambahan ini, jumlah keseluruhan untuk Nintendo Switch terjual adalah 111.08 juta unit.

Nintendo mengatakan yang jualan konsol digalakkan oleh permainan-permainan pihak ketiga yang dilancarkan untuk konsol tersebut, akan tetapi akibat kekurangan komponen semikonduktor mengakibatkan jumlah jualan lebih sedikit berbanding suku yang sama pada tahun lepas.

Mereka juga mengatakan yang permintaan untuk konsol tersebut masih lagi stabil walaupun telah memasuki tahun keenam pengeluaran.

Sohor Kini