James Gunn adalah seorang sutradara yang hebat dan kreatif serta berani. Beliau telah mengolah semula filem The Suicide Squad dan turut meneruskannya dengan siri TV sampingan Peacemaker. Akan datang Peacemaker akan diteruskan dengan musim kedua, serta turut akan ada siri sampingan memfokuskan watak Amanda Waller.

Terkini, Warner Bros. sedang memerangi banyak projek dengan membatalkannya. Antaranya adalah filem Batgirl dan juga sekuel filem animasi Scoob!. Pembatalan filem-filem ini adalah sebahagian daripada strategi menjimatkan kos dan bajet baharu Warner Bros. Discovery yang perlu jimat sehingga $3 bilion.

Ramai peminat karya James Gunn mula risau dan mula bertanya bagaimana dengan pembangunan Peacemaker musim kedua. James Gunn memberitahu di Twitter, semua orang perlu bertenang kerana projek beliau masih selamat.

Tetapi tidak pasti bagaimana kualiti produksi, dan projek-projek lain lagi.

Baca: Ulasan Peacemaker – Mencari Keamanan Dalam Keadaan Yang Tertekan

Sohor Kini